Di Zoo Iskandariah

October 29, 2009 at 6:29 pm | Posted in Uncategorized | Leave a comment

Pada akhir bulan lepas saya bawa Hamzah ke Zoo Iskandariah. Ini merupakan kali pertama saya ke zoo di Mesir setelah beberapa tahun berada disini. Semua itu kerana gambaran-gambaran yang diberikan oleh ‘orang-orang lama’ menyebabkan tiada keinginan untuk ke sana. Tetapi kerana tiada tempat yang menarik untuk membawa si asad kecil ni, saya pun membawa dia ke sana.

Bayaran masuk hanya segenih seorang  (dlm 70 sen). Setelah masuk dikandang pertama adalah seekor kuda padi, kandang kedua kambing, ketiga kambing, keempat kambing gurun, kelima rusa, (mmm memang seperti yang digambarkan). Kemudian adalah seekor beruang yang kelihatan sudah tua dan tidak terurus.2 ekor unta, 2 ekor badak air, 2 ekor burung unta dan beberapa ekor singa dan binatang lain.

Ada penjaga yang menawarkan kepada pelawat untuk memberi makanan kepada haiwan dengan bayaran sekian. Terfikir pula mungkin haiwan-haiwan ini hanya dapat makan semasa ada pelawat. Ada banyak juga sangkar yang kosong. Ada sangkar yang tertulis beruang kutub tetapi hanya ada anjing didalamnya  mungkinkah kerana haiwan dalam tersebut telah mati kepanasan atau kelaparan hmmm kesian..

Semasa disana Hamzah berlari kesana dan kemari, susah untuk mengambil gambar. Tetapi haiwan yang menjadi kegemarannya tetap kucing. Di sana dia asyik berlarian mengejar kucing. Agak banyak kucing yang berada di sana di dalam dan luar sangkar. Haiwan yang menarik perhatian utama Hamzah.

Takpelah, yang penting Hamzah seronok disana..

Sedikit gambar Hamzah dengan beberapa ekor Haiwan. Susah untuk membuatkan dia melihat kearah kamera..

Zoo Iskandariah 008

Zoo Iskandariah 010

Zoo Iskandariah 023

Zoo Iskandariah 030

Zoo Iskandariah 051

Zoo Iskandariah 054

Zoo Iskandariah 061

Zoo Iskandariah 072

Zoo Iskandariah 074

Zoo Iskandariah 084

Advertisement

Leave a Comment »

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com. | Theme: Pool by Borja Fernandez.
Entries and comments feeds.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.